Search
Close this search box.
Bekas Pemain Manchester United Dwight Yorke di Majlis Makan Malam Ulang Tahun Musc Sarawak kelima dan Ulang Tahun United Malaysia keenam di Hotel Riverside majestic di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Dwight Yorke temui peminat bola sepak di Kuching

KUCHING, 21 Jun: Bekas penyerang sensasi pasukan Manchester United di tahun 1999, Dwight Yorke meraikan peminat sukan bola sepak di Bandaraya ini, semalam.

Bekas pemain antarabangsa Trinidad And Tobago itu beramah mesra dengan para peminat di Majlis Makan Malam Ulang Tahun n Manchester United Sarawak Club (MUSC) dan Malaysia di sebuah hotel terkemuka di sini.

Dwight Yorke selalu dikenang sebagai salah seorang penyerang terhebat yang pernah menyarung jersi Manchester United dan menjadi bahagian daripada pasukan yang meraih gelaran Kejuaraan Treble Tahun 1999.

Sepanjang bersama kelab berkenaan dari tahun 1998 sehingga tahun 2002, beliau telah melakukan 152 penampilan dan menjaringkan 65 gol selain meraih tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris, satu Piala Fa cup dan satu Piala Liga Juara-juara Eropah serta piala international cup.

Majlis turut menyaksikan Dwight Yorke beramah mesra bersama Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

Sementara itu, para peminat turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis jemputan seperti kumpulan K-Clique, Adruce Azman dan persembahan tarian oleh Sri Tandi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found