Search
Close this search box.
Pihak polis berjaya memberkas dua suspek lelaki yang dipercayai melakukan rompakan di salah sebuah Mini Mart 24 jam di bandar Bintulu baru-baru ini. Foto IPD Bintulu

Dua lelaki dicekup rompak kedai serbaneka 24 jam di Bintulu

BINTULU, 22 Jun: Pihak polis berjaya memberkas dua suspek lelaki yang dipercayai merompak kedai serbaneka 24 jam di bandar ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, kedua -dua suspek berusia dalam lingkungan 25 hingga 33 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan sekitar kawasan Bintulu dalam Op Cantas yang dilancarkan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu.

“Hasil soal siasat yang dijalankan telah berjaya merampas sebilah parang, dua unit helmet hitam, dua baju lengan pendek dan dua seluar jeans yang digunakan semasa kejadian.

“Semakan mendapati suspek memiliki rekod lampau mendatangkan kecederaan dan ugutan serta penyalahgunaan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua suspek akan dipohon reman di Mahkamah Majistret Bintulu di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Jika disabit kesalahan memperuntukkan hukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

“Suspek akan menjalani ujian saringan air kencing dalam masa terdekat,” ujarnya.

Nixon berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dan bertolak ansur ke atas perlakuan jenayah membabitkan samun yang boleh mendatangkan kegusaran umum.

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha berterusan polis dalam mengekang jenayah melibatkan samun di daerah Bintulu.

“Pihak Polis menyeru orang ramai agar sentiasa menyalurkan maklumat dan bekerjasama dengan pihak Polis dalam menangani perlakuan jenayah dan menghubungi Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan