Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melancarkan Majlis Perasmian Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Dewan Utama CIDB, Kuching hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

Dasar pendidikan panduan Sarawak lahirkan masyarakat berilmu, berbudaya – Abang Johari

ByAdlina Rahman

KUCHING, 22 Jun: Sarawak komited melahirkan sebuah masyarakat yang bukan sahaja berilmu namun turut beriltizam mempertahankan budaya yang mewarnai negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata hasrat itu dapat dilaksanakan menerusi dasar pendidikan negara yang menjurus ke arah pembangunan ekonomi dan peradaban sejagat.

“Bagi saya kita mahukan anak dan masyarakat yang berilmu dan berbudaya. Masyarakat yang beradab. Kalau kita hanya mempunyai teknologi dan masyarakatnya tidak memiliki budaya ia tidak seimbang.

Oleh itu, dasar pendidikan kita menjurus kepada pembangunan ekonomi dan keduanya pembangunan peradaban. Kita tidak mahu generasi muda yang tidak taat kepada orang tua dan guru mereka,” kata beliau pada Majlis Perasmian Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di Dewan Utama CIDB, Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, rakyat Sarawak seharusnya bersyukur kerana dikenali sebagai masyarakat yang berbudaya dengan nilai saling hormat-menghormati yang tinggi tanpa mengira latar belakang dan agama masing-masing.

Dalam perkembangan lain, ketika ditemui pemberita selepas majlis, Abang Johari memberitahu bahawa kerajaan negeri menyediakan jumlah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang berbeza mengikut keperluan sekolah yang terlibat.

Peruntukan berkenaan dipeuntukkan kepada wakil rakyat bagi tujuan untuk membaik pulih kemudahan sedia ada sekolah yang dikenal pasti namun tegas beliau bukan bertujuan untuk membina semula sekolah berkaitan.

“Ia bergantung. Kalau bumbungnya yang bocor, jadi hanya bumbungnya yang perlu diperbaiki. Terpulang mengikut keadaan,” jelas beliau.

Beliau menambah peruntukan terbabit merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dan ia tidak akan dituntut bayaran balik daripada Kerajaan Persekutuan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan