Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menerima cenderamata pada program tersebut. Foto TVS

Brunei bantu Malaysia cari anggota tentera hilang dalam Ops Ukur di sempadan Limbang – Brunei

LIMBANG, 22 Jun: Kerajaan Brunei melalui Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) turun padang bagi membantu Malaysia dalam operasi mencari anggota tentera yang dikhuatiri hilang ketika bertugas dalam Ops Ukur di sempadan Limbang dan Brunei sejak Selasa lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata operasi mencari mangsa yang hilang, Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abdul Halim, anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpangkalan di Kem Kidurong, Bintulu kini dipergiatkan.

“Kehilangan anggota tentera yang terlibat dalam pengukuran sempadan kini memasuki hari yang kelima.

“Pelbagai pihak turut membantu termasuk Negara Brunei turut membantu Malaysia dan kita meneruskan proses pencarian dan kita berdoa akan menemui anggota yang hilang itu dalam keadaan selamat,” katanya.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi, dan Pembangunan Wilayah itu berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas mengenai kehilangan Muhammad Syafiq Hilmi selepas Majlis Penangguhan Seminar Wanita da Keluarga Islam Tahun 2024, Kesedaran Kesihatan Mental di Dewan Bunga Raya di sini, hari ini.

Beliau juga berterima kasih atas komitmen dan usaha berterusan pasukan penyelamat dalam operasi mencari anggota tentera yang hilang yang kini memasuki hari kelima sejak dilaporkan hilang pada Selasa.

Terdahulu Sel Perhubung Raya Tentera Darat (TDM) dalam kenyataan berkata, anggota tentera berkenaan menjadi pengiring keselamatan kepada pasukan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) yang sedang melaksanakan penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600), Limbang bermula 11 Jun hingga 2 September 2024.

Kata kenyataan itu lagi ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu kira-kira 12 tengah hari, ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan