Search
Close this search box.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merakam gambar kenangan bersama tetamu yang hadir ke Perasmian MYSED Red Ribbon 2024 di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di Padawan pada Jumaat. Foto TVS

Warga PUSPEN tidak terkecuali jadi nadi pembangunan Sarawak

KUCHING, 21 Jun: Kerajaan Sarawak menggalak keterlibatan masyarakat untuk menggalas tanggungjawab menjadi nadi penggerak kepada pembangunan yang progressif di wilayah ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata berpandukan kepada Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, setiap masyarakat juga diingatkan agar siap siaga mendepani perubahan arus dunia yang pantas bergerak merentasi masa, budaya dan sempadan untuk kekal bersaing sebagai suatu entiti yang berkelas dunia.

Menurutnya kerajaan negeri juga mahu rakyatnya menikmati kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi termasuk para penghuni Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kuching.

“Salah satu daripada tunjang PCDS 2030 adalah keterangkuman sosial di mana kerajaan negeri mahu semua rakyat Sarawak akan dapat menikmati kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi oleh negeri Saarwak termasuk juga belia-belia kita di dalam
PUSPEN ini.

“Kita mahu semua orang Sarawak dan anak Sarawak diperkasakan dan sebab itu kita bawa program ini ke PUSPEN,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Majlis Perasmian MYSED Red Ribbon 2024 di Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di Padawan pada Jumaat.

Dalam pada itu beliau menyifatkan tema “No One Left Behind” bertepatan dengan tekad semangat serta untuk membangunkan belia Sarawak di setiap pelusuk negeri tanpa mengira latar belakang mereka.

Justeru beliau percaya selepas menamatkan pemulihan maka belia akan mempunyai kualiti, wawasan serta matlamat bagi memastikan masa depan terjamin sekaligus mampu menyumbang kepada masyarakat dan bebas daripada pengaruh dadah.

Abdul Karim pada sama menyifatkan program MYSED Red Ribbon 2024 di PUSPEN akan menjadi isyarat kepada masyarakat untuk memberi peluang dan terus menyokong warganya untuk bersinar di masa hadapan.

Terdahulu, seramai 260 orang penghuni terlibat aktif di dalam pelbagai aktiviti sepanjang tiga hari penganjuran program berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan