Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima cenderamata ketika Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di sini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Wajah baharu Masjid Al-Muttaqin, Sarikei beri manfaat kepada 2,500 jemaah – Len Talif

ByAhmad Burhanuddin

SARIKEI, 21 Jun: Wajah baharu Masjid Al-Muttaqin, Sarikei yang dinaik taaraf dengan kos berjumlah RM9.5 juta telah memberi manfaat kepada seramai 2,500 jemaah di sini.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerja menaik taraf masjid itu telah bermula sejak November 2020 yang lalu.

“Masjid Al-Muttaqin yang dibina pada 1983 pada ketika itu hanya mampu menampung 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas meninjau sendiri keadaan masjid pada siri lawatan beliau pada 2019, bersetuju untuk meluluskan dana bernilai RM 9.5 juta bagi projek menaik taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Len Talif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata, kerja-kerja pembinaan projek ini dilaksanakan dalam dua fasa dan Fasa 1 untuk menaik taraf dewan bersebelahan masjid itu telah bermula pada November 2020 dan dirancangkan siap pada 30 Mei 2021.

“Seperti yang kita sedia maklum, disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19, di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan dewan ini hanya dapat disiapkan pada 1 Mei 2022 iaitu 12 bulan.

“Fasa 2 pula telah bermula pada 1 Mei 2022 dan dijadual siap dalam tempoh satu tahun iaitu pada 30 Mei 2023.

Menurutnya, ketika pelaksanaan menaik taraf projek tersebut, terdapat kesukaran luar jangka yang dihadapi oleh pihaknya, namun demikian, semua kerja menaik taraf berkenaan hanya siap pada 31 Mei pada tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan