Search
Close this search box.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mewakili Lembaga Tabung Haji menerima Anugerah Labbaitom (kategori Kepuasan Pelanggan) yang disampaikan oleh Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah.

Tabung Haji terima Anugerah Labbaitom buat kali ketiga

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 21 JUN: Kerajaan Arab Saudi menobatkan Malaysia melalui Tabung Haji (TH) sebagai penerima Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan pengurusan jemaah haji buat kali ketiga berturut-turut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata sistem dan kecekapan pengurusan jemaah haji Malaysia sentiasa diiktiraf sebagai model terbaik di dunia dan merupakan model pengurusan haji yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

“Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak tabung haji dan anugerah ini sudah tentu merupakan pengiktirafan yang diberikan secara konsisten oleh kerajaan Arab Saudi.

“Semalam (pada Selasa) semasa saya naik pentas untuk menerima anugerah tersebut, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan al-Rabiah telah memberitahu kepada saya bahawa pengurusan Tabung Haji menjadi contoh terbaik untuk negara-negara lain dalam konteks pengurusan haji secara keseluruhannya,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media terakhir operasi musim haji 1445H di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah pada Rabu.

Menurutnya lagi anugerah itu juga mencerminkan usaha dari pelbagai pihak, terutamanya Tabung Haji yang sentiasa menambah baik tahap perkhidmatannya selain disiplin yang baik diterjemahkan jemaah negara sepanjang berada di Tanah Suci.

Tambahnya pencapaian ini adalah amat membanggakan Malaysia dan berharap pengurusan TH sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyediakan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada jemaah haji Malaysia bagi tahun-tahun berikutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan