Search
Close this search box.
Gambar hiasan Foto, TVS.

Suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri dalam bilik hotel

ByBernama

IPOH, 21 Jun: Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepasĀ  membunuh isterinya dengan menggunakan pisauĀ dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Md Noor Aehawan Mohamad berkata suspek berusia 36 tahun ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata suspek menyerah diri di kaunter aduan dengan memaklumkan dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun dalam bilik di hotel terbabit.

ā€œBertindak terhadap maklumat itu, pihak polis menemukanĀ mangsa dengan kesan tikaman termasuk sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspekĀ di tempat kejadian,ā€katanyaĀ dalam kenyataan, malam ini.

MenurutnyaĀ siasatan awal mendapati motif pembunuhan dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih ingin meneruskan tuntutan fasak walaupun telah dipujuk.

“Suspek dan mangsa hadir ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik sama semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Justeru, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat dimintaĀ menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan ASP V.K. Gunaselan di talian 012-3634341 bagiĀ membantu siasatan.

Sementera itu, bapa saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Johari ketika ditemui di Batu Gajah berkata pihaknya tidak menyangka nasib anak saudaranya itu berakhir dengan tragedi menyedihkan.

“Memang dia dan suami tidak sefahaman dan rumah tangga mereka mengalami keretakan hingga ke fasa penceraian namun tidak sangka terjadi perkara seperti ini.

“Mungkin mereka bertemu untuk berbincang namun ia menjadi kecoh selepas mangsa tidak pulang ke rumah semalam dan hari ini saya terima berita beliau sudah tiada,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan