Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyantuni jemaah yang hadir selepas selesai solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di sini, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Premier Sarawak galak rakyat amal konsep muqarabah

ByAhmad Burhanuddin

SARIKEI, 21 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat di negeri ini mengamalkan konsep muqarabah iaitu bererti kesedaran ke dalam kehidupan seharian.

Menurut beliau bersandarkan konsep tersebut rakyat Sarawak terutamanya yang beragama Islam akan menjadi lebih peka ke atas persekitaran dan mengambil peduli terhadap setiap perkara yang berlaku di sekeliling.

“Tidak kira latar belakang umat manusia itu sendiri, maka konsep muqarabah ini adalah bermaksud untuk kita memberikan khidmat supaya ia dapat memberi kesan dalam corak hidup orang lain.

“Jadi orang Islam, jika seseorang itu mempunyai dan memahami semangat muqarabah dalam konsep Islam itu sendiri, maka ia menjadi tanggungjawab seseorang Muslim itu untuk membantu orang Islam dan juga bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Naik Taraf Masjid Al-Muttaqin, Sarikei, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Datu Dr Muhammad Abdullah Zaidel.

Tambah Abang Johari, penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebelum ini juga adalah berlandaskan konsep muqarabah, dalam usaha untuk memastikan ibadah agama lain turut dapat dilaksanakan dengan sempurna, selain bertanggungjawab ke atas kemakmuran masyarakat di negara ini.

“Atas semangat muqarabah dan semangat Islam, kita perlu ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling, kita perlu mengambil berat tentang apa yang berlaku di persekitaran dan cari penyelesaian dari sudut ekonomi, sosial dan juga cara bagaimana hendak menaik taraf diri kita.

“Jika masjid sudah dinaik taraf, maka kita juga seharusnya menaikkan taraf diri di dalam hidup ini agar dapat memberikan balik khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan berjumlah RM1.5 juta untuk menaik taraf pagar Masjid Al-Muttaqin, di sini yang telah usang dengan usia sekitar 40 tahun.

Abang Johari berkata, beliau optimis peruntukan berkenaan dapat merubah wajah sekali gus meningkatkan faktor keselamatan rumah ibadat berkenaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan