Search
Close this search box.
Hasil rampasan Foto IPD Miri

Polis tahan dua lelaki, rampas dadah berniliai lebih RM17,000 di Miri

MIRI, 21 Jun: Polis menahan dua lelaki warga asing serta merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM17,222 di sebuah pusat hiburan di kawasan Niah, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata serbuan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak  itu telah menahan dua lelaki masing-masing berumur 22 dan 25 tahun yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di sini.

Menurutnya dalam serbuan berkenaan polis merampas sejumlah dadah jenis serbuk jus campuran Ecstacy, 248 biji pil Ecstacy dan Ketamine yang dianggarkan bernilai RM17,222.

“Kedua-dua suspek telah ditahan dan akan direman selama seminggu sehingga 27 Jun bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali sebatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Alexson memberitahu kes terbabit turut disiasat dibawah Sek. 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara.

Pada masa sama, beliau menasihati masyarakat agar terus menyalurkan atau segera melaporkan ke Balai Polis berhampiran sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah yang berlaku di sekeliling mereka agar aktiviti itu dapat dibendung dan dibanteras bersama. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan