Search
Close this search box.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Strategik Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi (GSRC), Siti Azlina Abdul Latif semasa ucapan majlis makan malam PETRONAS Ngiling Bidai bersama media. Foto Mohammed Raffiq (TVS)

PETRONAS sedia bantu media Sarawak fahami terma industri minyak dan gas, tenaga baharu

ByKimberly Dickson

KUCHING, 21 Jun: PETRONAS komited untuk membantu pengamal media di Sarawak terutama memberi pandangan untuk meningkatkan pemahaman golongan itu berhubung industri minyak dan gas seiring tuntutan semasa.

Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Strategik Perhubungan Strategik Kumpulan dan Komunikasi (GSRC), Siti Azlina Abdul Latif berkata hasrat sedemikian berikutan mengambil kira industri tersebut yang semakin kompleks serta peralihan kepada tenaga baharu.

Sehubungan itu, Siti Azlina menyifatkan Majlis Makan Malam PETRONAS Ngiling Bidai bersama Media yang diadakan pada malam ini menjadi titik mula mengeratkan hubungan bersama.

“Acara ini adalah sebahagian daripada inisiatif membina hubungan berterusan kami untuk membina hubungan yang lebih kukuh dengan persaudaraan media di Sarawak,” katanya pada majlis sebentar tadi.

Beliau juga percaya majlis malam ini mampu memupuk hubungan jangka panjang yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Hasrat PETRONAS mengerat hubungannya bersama media di Sarawak menurutnya diterjemahkan menerusi Majlis Makan Malam PETRONAS Ngiling Bidai bersama Media di sebuah restoran di Kuching, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan terima kasih atas semua liputan media berkenaan sambutan ulang tahun PETRONAS yang ke-50 tahun ini.

Menurutnya sambutan kali ini telah menyaksikan impian sebenar PETRONAS dengan merentasi tujuh perayaan setiap tahun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan