Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah. Foto KPWK

Para SUKMA: Persiapan Sarawak capai 70 peratus – Fatimah

ByKimberly Dickson

KUCHING, 21 Jun: Sarawak sudah membuat persediaan hampir 70 peratus sebagai tuan rumah Sukan Para SUKMA Ke-21 sekali gus merangka strategi aksi untuk merangkul kejuaraan kali ke-14 pada temasaya kali ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti acara yang bakal membuahkan pingat emas kelak.

“Di situ, bilangan pingat yang ditawarkan lebih tinggi jadi kita mensasarkan bilangan emas yang lebih tinggi daripada olahraga dan juga daripada renang.

“Saya boleh katakan persiapan atlet kita sudah hampir mencapai 70 peratus bermula daripada pengenalpastian bakat, pengelasan, kemudian latihan secara desentralisasi telah pun bermula dan selepas ini latihan berpusat akan bermula pada bulan Julai.

“Latihan pendedahan di luar negara juga akan dilakukan dan akan diteruskan bagi acara- acara tertentu,” katanya kepada TVS hari ini.

Beliau dalam pada itu meyakinkan bahawa sokongan masyarakat Sarawak akan membakar semangat para atlet yang bertanding untuk beraksi dengan terbaik sekali gus menjulang pingat masing-masing.

Dalam pada itu, Fatimah mendedahkan 27 jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi memastikan bahawa Sarawak akan menjadi tuan rumah yang terbaik dari segi persiapan lokasi dan sepuluh kategori sukan Para SUKMA nanti.

Terdahulu, kerajaan negeri menjanjikan insentif kepada atlet memperoleh pingat pada temasya Para SUKMA kali ini termasuk mereka yang mencatat rekod baharu.

Sukan Para SUKMA Ke-21 yang dijadual pada 22 hingga 28 September depan bakal mempertandingkan sebanyak 334 acara bagi 10 jenis sukan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan