Search
Close this search box.
Isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi ketika menerima kunjungan hormat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak di Astana Negeri Sarawak. Foto TVS

Pandu Puteri wadah bentuk jati diri remaja perempuan

KUCHING, 21 Jun: Pergerakan Persatuan Pandu Puteri diyakini sebagai wadah dalam pembentukan jati diri golongan remaja perempuan terutama alam mendepani arus pemodenan gaya hidup masa kini.

Yang Di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak (PPPMCS), Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkata, antara matlamat utama penubuhan pergerakan Pandu Puteri bertujuan untuk membangunkan potensi remaja perempuan dalam menguasai pelbagai kemahiran bagi memastikan mereka mempunyai daya saing yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

“Pandu Puteri ini ditubuhkan adalah untuk melatih anak-anak perempuan kita untuk menjadi seorang yang berdikari, berdisiplin dan menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Di samping itu, mereka juga dilatih untuk menjadi seorang pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita usai kunjungan hormat PPPMCS kepada isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini pada Jumaat.

Tambah Dayang Morliah, tujuan kunjungan utama PPPMCS adalah untuk mengundang Toh Puan Fauziah ke Persidangan Pandu Puteri dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-59, Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPM) 2024, selain menyampaikan maklumat terkini tentang program yang bakal diadakan di Kuching itu bermula dari 27 hingga 29 Jun 2024.

Seramai 300 orang ahli PPM dari seluruh Malaysia dijangka menghadiri persidangan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching itu kelak.

Hadir sama Timbalan Yang DiPertua, Annie Sim, Ketua Pesuruhjaya Cawangan, Ruth Sibat, Setiausaha Kehormat, Rukayah Dawi dan ahli Lembaga Eksekutif PPPMCS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan