Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga tempatan kerugian lebih RM55,000 selepas ditipu sindiket tiket nombor ramalan tidak wujud pada Khamis. Foto Bernama

Lelaki rugi lebih RM55,000 ditipu sindiket tiket nombor ramalan tidak wujud di Sibu

SIBU, 21 Jun: Seorang lelaki warga tempatan kerugian lebih RM55,000 selepas ditipu sindiket tiket nombor ramalan tidak wujud pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner, Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berusia 40-an itu terpedaya dengan tawaran nombor ramalan yang tidak wujud secara atas talian sehingga mengalami kerugian sejumlah RM55,410.

“Pada 16 Jun lalu, mangsa telah menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali memperkenalkan diri daripada Lin Je Kong Temple, Perak.

“Suspek kemudian memaklumkan kepada bahawa diri mangsa telah memenangi nombor ramalan berjumlah RM 225,000 dan meminta mangsa membayar wang insurans dan wang pemprosesan bank,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.

Zulkipli berkata, mangsa tanpa berfikir panjang telah membuat 12 kali pindahan wang ke dalam lima akaun bank tempatan seperti mana diarahkan oleh suspek.

“Selepas kesemua transaksi pindahan wang dilakukan suspek mengarahkan mangsa sekali lagi untuk membuat bayaran sejumlah RM16,580.

“Namun mangsa berasa curiga dan sedari telah terpedaya,” katanya.

Zulkipi berkata mangsa yang berasa ditipu membuat laporan polis pada Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang tidak munasabah di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Wechat dan sebagainya.

“Semak dahulu sebelum membuat sebarang transaksi bayaran bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan atas talian,” tegas beliau.-TVS

Tags: ditipu, rugi, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan