Search
Close this search box.
Sebanyak 12 tan ganja siap tuai di ladang seluas 2.5 hektar di Aceh Besar, Indonesia berjaya dimusnahkan Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia. Foto BNN Indoensia

Lebih 12 tan pokok ganja baharu dituai dimusnahkan di Aceh

ByTVS

JAKARTA, 21 Jun: Lebih 24,000 pokok ganja seberat 12 tan berjaya dimusnahkan Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia di wilayah Seulimeum, Aceh Besar, Indonesia semalam.

Operasi menemui ladang ganja seluas 2.5 hektar berkenaan dilakukan selepas pemantauan dan siasatan di lapangan.

Menurut Timbalan Pembasmian BNN, Ruddi Setiawan yang pada masa sama mengetuai pasukan itu, ladang ganja itu ditemui pada ketinggian 690 meter dari aras laut.

“Selepas siasatan, pasukan kami terus mencari lokasi ladang ganja di atas bukit itu yang ternyata barangan haram itu sudah siap dituai,” katanya.

Ruddi memberitahu kemua pokok ganja setinggi tiga meter yang baharu dituai itu telah dimusnahkan.

Katanya, penemuan ini membabitkan 120 pasukan gabungan terdiri daripada pelbagai agensi sebagai komitmen pihak berkuasa memerangi dadah.

Daripada itu, pihaknya juga akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti pemilik ladang ganja itu.

Operasi ini adalah sebahagian daripada komitmen BNN terhadap pencegahan dan pembasmian penyalahgunaan dadah dan pengedaran haram di Indonesia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan