Search
Close this search box.
Hasbi merakam kenangan bersama penduduk selepas memeriahkan Program Mesra Rakyat Parlimen Limbang di Rumah Adrian Hulu Pandaruan. Foto TVS

Kepelbagaian bahan mineral, pacu Sarawak jadi wilayah disegani – Hasbi

LIMBANG, 21 Jun: Kepelbagaian bahan mineral berharga yang bernilai RM1.25 trilion di Sarawak membolehkan wilayah ini disegani dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah optimis kepelbagaian bahan mineral juga membolehkan Sarawak terus membangun dan bakal menjadi sebuah wilayah yang termaju di Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Limbang berkata kemajuan yang dikecapi Sarawak adalah hasil kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang meneraju Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah banyak melaksanakan dasar pembangunan sekali gus meningkatkan pendapatan Sarawak.

“Baru-baru ini nilai hasil bumi Sarawak dianggarkan berjumlah RM 1.2 trilion, kalau perut buminya emas, nadir bumi dan pelbagai lagi yang boleh dihasilkan lagi selain daripada minyak dan gas.

“ Kita bersyukur kepada tuhan dan sudah pastinya semua ini akan menjadikan Sarawak wilayah termaju di Malaysia” katanya ketika berucap pada Program Mesra Rakyat Parlimen Limbang di Rumah Unong dan Rumah Adrian Hulu Pandaruan hari ini.

Terdahulu dalam perkembangan lain, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dilaporkan berkata, Sarawak dikenal pasti memiliki pelbagai bahan mineral berharga yang dianggarkan bernilai RM1.25 trilion.

Beliau mendedahkan anggaran nilai bahan mineral yang tinggi itu membolehkan Sarawak berpotensi membuat pelaburan dalam industri perlombongan, sekali gus memberi pulangan berlipat ganda kepada ekonomi.

Menurut Awang Tengah, bahan mineral berharga itu termasuk emas, unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), pasir silika berkualiti tinggi dan bauksit, berdasarkan laporan Jabatan Mineral dan Geosains.

Hasbi dalam pada itu menjelaskan lagi dasar kepimpinan kerajaan GPS dalam memacu Sarawak terus membangun terbukti berkesan dan rakyat perlu memberi sokongan berterusan kepada GPS untuk terus memimpin negeri ini.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan