Search
Close this search box.
Kelindan lori kargo maut selepas merempuh bahagian belakang lori yang membawa muatan sawit di simpang Spaoh, Lebuhraya Pan Borneo di Betong malam tadi. Foto JBPM

Kelindan lori kargo maut, rempuh lori sawit di Betong

BETONG, 21 Jun: Kelindan lori kargo maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah lagi lori yang membawa muatan sawit di simpang Spaoh, Lebuhraya Pan Borneo di sini, pada Khamis.

Dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali Renang Brain,24, beralamat di Rumah Ganti, Batu Luking, Kanowit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.44 malam sejurus itu menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan lori kargo telah melanggar di bahagian belakang lori yang membawa muatan sawit.

“Seorang mangsa iaitu kelindan lori kargo tersepit di tempat duduk penumpang lori manakala pemandunya berusia 47 tahun yang hanya cedera ringan telah berjaya keluar sebelum pihak bomba tiba dilokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan mangsa disahkan telah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu lori sawit berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

“Mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan