Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan operasi mengesan lelaki warga emas Asui Langgang,88, yang masih gagal dikesan. Foto JBPM

Hilang ketika cari sayur hanya motosikal Asui dijumpai

SERIAN, 21 Jun: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang warga emas, Asui Langgang yang hilang sejak 17 Jun lalu hanya menemui motorsikalnya setakat ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian, PBK I (KUP) Sim Mui Chai berkata, SAR warga emas berusia 88 tahun itu yang dikhuatiri hilang di hutan ketika mencari sayur telah memasuki hari ketiga hari ini.

“Operasi SAR turut menggunakan khidmat anjing pengesan K9 bagi mengesan kedudukan mangsa.

“SAR itu disertai pihak bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam(APM), Rela serta penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berasal di Kampung Taee, Jalan Baki-Riih, Serian, keluar dari rumah jam 9 pagi pada 17 Jun lalu menggunakan motosikal untuk mencari sayur di hutan namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Pencarian awal telah dilakukan oleh ahli keluarga mangsa bersama orang kampung dan telah menemui motosikal yang digunakan oleh mangsa tetapi mangsa masih tidak dijumpai.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan