Search
Close this search box.
Allahyarham Bawi Solek (tengah) bersama isterinya Seput Ujang (kanan) dan anak bongsunya Fazrihin Bawi (kiri) mengambil gambar kenangan di hadapan Kaabah di dalam Masjidil Haram.

Haji: Hasrat bapa meninggal di Tanah Suci termakbul – Fazrihin

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 21 Jun: Hasrat seorang jemaah haji berasal dari Pusa, Sarawak, Bawi Solek, 75, untuk meninggal dunia di Tanah Suci Mekah temakbul setelah menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan untuk melakukan ibadah melontar jamrah pada 17 Jun.

Menurut anak bongsu yang juga pengiring arwah bapanya itu, Fazrihin Bawi, 27, beliau akur dengan kententuan ilahi, meskipun dirinya sukar untuk menerima hakikat.

“Alhamdulilah ketika saya nak ambik jenazah arwah ayah saya menangis dan sedih sangat ketika itu, tetapi apabila saya buka kain yang menutupi wajahnya, Allahuakbar.. saya tak dapat gambarkan terukir senyuman pada wajahnya, sangat lebar senyumannya.

“Bermula dari situ saya ikhlas dan menerima hakikat bahawa ayah telah tiada.. mungkin adalah amalan yang dia lakukan tetapi kita tidak tahu,” katanya.

Fazrihin Bawi berkata demikian ketika ditemui pemberita di hotel penginapan Land Premium di sini, pada Khamis.

Fazrihin mendedahkan bahawa bapanya sering kali menyatakan hasrat untuk meninggal dunia di Tanah Suci selepas menunaikan umrah pada tahun 2016.

“Balik sahaja arwah daripada umrah pada tahun itu…dia bagi tahu adik-beradiknya daripada dia meninggal dunia dekat Malaysia lebih baik dia meninggal dunia di sini (Tanah Suci).

“Itu memang cita-cita dia untuk meninggal di sini,” ujarnya lagi.

Berkongsi cerita Fazrihin menyifatkan bahawa detik bapanya dijemput Pencipta tidak akan pernah dilupakan dalam hidupnya.

“Pada ketika hari melontar, saya tanyakan jika ayah mahu melontar terlebih dahulu kemudian nanti baru saya temankan ibu pula, ayah cakap dia berupaya dan bersedia untuk melontar.

“Kami melalui dua terowong sebelum ayah saya katakan dia letih. Saya gendongnya apabila dia kata tidak larat berjalan. Tetapi melepasi terowong kedua, ayah saya sudah jadi begitu tidak berdaya, sehingga saya terpaksa memangkunya di riba.

“Keadaan ketika itu sangat ramai orang, dan ayah saya masih sedar, tetapi memang tidak berdaya, yang saya ingat kemudiannya ada pasukan dari Lembaga Tabung Haji melakukan bantuan pernafasan (CPR) dan menyuruh saya pulang ke khemah terlebih dahulu.

“Saya pulang ke khemah dan setiap dua jam saya telefon pengurus maktab untuk bertanyakan keadaan ayah saya. Tetapi, pengurus maktab beritahu, ayah saya sudah tiada, meninggal dunia,” kongsi Fazrihin lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan