Search
Close this search box.
Dato Hanifah Hajar Taib dan Ibrahim Sani pada Majlis Pelancaran Yayasan Peneraju Talent Bank di Kuching, hari ini. Foto Kupa Kupi FM

Yayasan Peneraju Talent Bank sasar bangun 10,000 bakat pemimpin

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 20 Jun: Yayasan Peneraju Talent Bank menyasarkan untuk membangunkan 10,000 bakat pemimpin berimpak tinggi, terutamanya individu Bumiputera menjelang tahun 2030.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Ibrahim Sani berkata, daripada angka tersebut, Talent Bank berhasrat untuk membangunkan seramai 5,000 pemimpin professional, 4,000 pemimpin perniagaan dan 1,000 pemimpin komuniti.

“Para peserta akan melalui penilaian teliti dan pelan pembangunan peribadi akan disusun menurut hasil penilaian itu, untuk menangani proses perkembangan masing-masing.

“Diikuti oleh proses pemprofilan terkhusus untuk mudah memahami kemahiran peserta, dan penambahbaikan yang diperlukan bagi merancang pembangunan kepimpinan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Yayasan Peneraju Talent Bank di sini, hari ini. Pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib.

Ibrahim berkata, Yayasan Peneraju, sebuah agensi di bawah Kementerian Ekonomi turut mensasarkan sekurang-kurang 3,000 daripada 10,000 adalah bakat dari Sarawak.

“Fasa awal inisiatif ini akan memberi tumpuan dalam penarikan peserta dan membina pangkalan data komprehensif bakat-bakat berpotensi,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan