Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib. Foto fail Bernama

Yayasan Peneraju Talent Bank melahirkan pemimpin masa depan

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 20 Jun: Yayasan Peneraju Talent Bank menyediakan peluang kepada belia menjadi pemimpin masa depan selain mengukuhkan modal insan negara dengan memupuk dan membentuk bakat-bakat Bumiputera.

Timbalan Menteri Ekonomi, Dato Hanifah Hajar Taib berkata ia sejajar dengan rangka kerja ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ yang bertujuan mengukuhkan ekonomi dan memakmurkan negara.

“Talent Bank ini menyokong aspirasi penyemaian inovasi, meningkatkan daya saing dan mendorong pengembangan bakat Bumiputera.

“Ia juga fokus terhadap pemerkasaan bakat dalam menuju ekonomi ‘High Growth, High Value, High Potential’ serta mempertingkatkan jurusan ekonomi tradisi lain,” katanya pada Majlis Pelancaran Yayasan Peneraju Talent Bank di sini, hari ini.

Beliau berharap inisiatif Yayasan Peneraju Talent Bank itu berupaya melahirkan pemimpin yang dapat memacu ekonomi negara.

Tambahnya, Malaysia juga perlu berusaha dalam membina ekosistem bersesuaian untuk inisitif tersebut.

“Jika kita tiada ekosistem sebegitu, ia takkan berfungsi dengan baik dalam usaha pemerkasaan itu.

“Sesetengah orang selesa bekerja di dalam pejabat, ada yang selesa bekerja di luar pejabat. Oleh itu apabila kami berbincang mengenai perkara ini, kita sedar yang kita perlu menyediakan ekosistem sebegitu untuk generasi masa depan.” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan