Search
Close this search box.
Suasana perjalanan jemaah Haji Malaysia dari perkhemahan di Mina melalui terowong pejalan kaki menuju ke Kompleks Jamarat. Foto Zen Hashim (TVS)

Semua jemaah Malaysia selesai laksana ibadat haji

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 20 Jun: Kesemua 31,584 jemaah haji Malaysia selesai melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata daripada jumlah itu seramai 14 orang jemaah meninggal dunia manakala dua orang jemaah haji tidak dapat berwukuf berikutan mendapat rawatan di Hospital Arab Saudi.

“Operasi musim haji tahun ini khusunya pada operasi Masyair di Arafah Muzdalifah dan juga di Mina telah selesai dan tamat.

“Alhamdulilah pejabat operasi Tabung Haji di lokasi Masyair kesemuanya telahpun ditutup pada tengah hari Rabu,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media terakhir operasi musim haji 1445H di Ibu Pejabat Tabung Haji Mekah pada Rabu.

Menurutnya daripada jumlah tersebut seramai 12,518 jemaah atau 52 peratus dari kira-kira 24,000 jemaah Muassasah telah meninggalkan Mina pada Selasa, selepas melakukan Nafar Awal.

“Dan pada tengah hari ini (Rabu) baki 48 peratus yang melakukan Nafar Thani telah selamat tiba di maktab penginapan masing-masing.

“Saya doakan agar semua ibadat yang telah dilakukan jemaah haji Malaysia akan mendapat perkenan daripada Allah SWT dan seterusnya mendapat haji yang mabrur,”katanya lagi.

Dalam pada itu Mohd Na’im berkata jemaah haji Malaysia mula berangkat pulang pada 24 Jun 2024 dan penerbangan akhir dijangkakan akan berlepas pada 20 Julai 2024.

Katanya kumpulan pertama akan berangkat dari maktab masing-masing terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan