Search
Close this search box.
Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah. Foto Malaysia Airlines (FB)

Pesawat Malaysia Arlines dari Hyderabad berpatah balik susulan masalah enjin

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Malaysia Airlines Bhd (MAB) mengesahkan bahawa pesawat MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad berikutan satu daripada enjinnya menghadapi masalah.

Ia berkata pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan, dengan semua penumpang dan anak kapal dalam keadaan selamat.

“Penumpang yang terkandas akan dipindahkan ke penerbangan lain bagi meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut,” kata MAB dalam satu kenyataan kepada media India dan menambah bahawa keselamatan adalah keutamaan Malaysia Airlines.

Terdahulu, media India melaporkan bahawa sebuah penerbangan Malaysia Airlines terpaksa melakukan pendaratan cemas di Hyderabad selepas enjin pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Pesawat itu dilaporkan membawa 138 penumpang menuju ke Kuala Lumpur.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan