Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni menerima kunjungan hormat Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia di BCCK, baru-baru ini.

Persidangan Aerosol Asia menghimpunkan penyertaan pakar dalam dan luar negara

KUCHING, 20 Jun: Persidangan Aerosol Asia (AAC) 2024 yang dijadual berlangsung 3 hingga 7 November 2024 di sini akan menghimpunkan 500 penyertaan pakar dari dalam dan luar negara.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata AAC 2024 merupakan terbesar di Asia yang dianjurkan bersama Pertubuhan Forum Udara Bersih Malaysia (MyCAS) dan Asian Aerosol Research Assembly (AARA).

“Persidangan ini juga telah menarik penyertaan pempamer dari kalangan pemain industri aerosol. Para peserta terdiri daripada pihak industri, saintis, penyelidik dan penggubal dasar yang berkaitan dengan bidang sains aerosol dan teknologi kawalan pencemar udara,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau yang menerima kunjungan hormat daripada Pertubuhan Forum Udara Bersih (MyCAS) di Pusat Kovensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini berkata kementeriannya komited dalam menjayakan persidangan AAC 2024 di samping menggalakkan penyertaan dari agensi di bawah  serta syarikat tempatan.

Delegasi MyCAS diketuai Presidennya, Dr Noor Zaitun Yahaya, Timbalan Presiden MyCAS, Profesor Dr Juliana Jalaludin serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi lain.

Dalam pada itu, MyCAS berkeyakinan persidangan ini akan menyumbang kepada pemindahan teknologi terkini dalam penyelidikan bidang sains aerosol, seterusnya memberi manfaat kepada negara-negara Asia, khususnya Malaysia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan