Search
Close this search box.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto fail Bernama

Perincian kedudukan Malaysia dalam ranking daya saing IMD dijelaskan hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Perincian kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia yang dikeluarkan Institut Antarabangsa bagi Pembangunan Pengurusan (IMD) akan diperjelaskan hari ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah menerima laporan tersebut justeru, perincian itu akan dilakukannya bersama pasukan.

“Saya akan berbincang dengan pasukan dan semua yang terlibat. Petang ini saya akan memperincikannya.

“Kita baru mendapat laporan itu dan memahami sedikit sebanyak mengenai isu yang melibatkan perdagangan dari segi perdagangan global, dan pada sama kita lihat juga isu (lain),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan penyertaan Malaysia bagi Ekspo Dunia 2025 di sini, pada Khamis.

Kedudukan Malaysia turun tujuh anak tangga kepada ke-34 dalam Kedudukan Daya Saing Dunia IMD 2024.

Malaysia juga turun empat anak tangga ke kedudukan 10 daripada 14 negara Asia Pasifik yang termasuk dalam ranking itu, menurut sekolah perniagaan yang berpangkalan di Switzerland itu.

Sementara itu, Malaysia akan menyertai Ekspo Dunia 2025 di Pulau Yumeshima, Osaka, Jepun yang akan diadakan mulai 13 April hingga 13 Okt, 2025.

Sebanyak 161 negara dan sembilan pertubuhan antarabangsa telah mengesahkan penyertaan mereka setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan