Search
Close this search box.
Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha merakam kenangan bersama penduduk kampung selepas majlis. Foto: TVS

MIS sambut baik cadangan Premier Sarawak perkenal mekanisme kawal harga haiwan ternakan

ByFarah Diyana Samsuddin

Bau, 20 Jun: Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS), Datuk Misnu Taha menyambut baik hasrat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memperkenalkan mekanisme bagi mengawal harga jualan beberapa haiwan ternakan tahun depan.

Beliau mengakui saranan Abang Johari itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Sarawak memandangkan dalam keadaan semasa harga jualan daging korban di negeri ini agak tinggi berbanding negeri-negeri lain.

“Insha-Allah kita akan memenuhi keperluan daging korban untuk diserahkan kepada seluruh umat Islam di negeri ini termasuk golongan mualaf,” katanya.

Misnu berkata demikian selepas menghadiri Program Qurban Majlis Islam Sarawak Tahun 1445H/2024M di Masjid Darul Akmal, Kampung Blimbin Krokong, Bau di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Misnu memberitahu seramai 101 penduduk kampung menerima daging korban pada majlis berkenaan.

“Saya ingin berterima kasih kepada warga kampung yang terlibat dengan kerjasama menjayakan ibadah korban di sini,” ujarnya sambil menjanjikan program serupa akan diadakan di kampung yang lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan