Search
Close this search box.
Jeffery Phang menerima cenderamata daripada Zuleah Darsong pada Majlis Perasmian Outreach Jejajah Madani Jom Masuk TVET Zon Sarawak 2024 di Miri, hari ini. Foto TVS

Lepasan TVET buka peluang pekerjaan

MIRI, 20 Jun: Lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menceburi bidang keusahawanan berupaya menyediakan peluang pekerjaan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

Menurutnya, TVET merupakan agen perubahan dalam sistem pendidikan yang seharusnya direbut peluang oleh belia kerana selain menjadi usahawan, kadar kebolehpasaran dalam pekerjaan amat tinggi.

“TVET seharusnya menjadi keutamaan kepada belia dalam menyambung pengajian. TVET menjanjikan kebolehpasaran yang tinggi iaitu melebihi 90 peratus dan sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada industri,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Kaunselor Majlis Bandaraya Miri (MBM), Jeffery Phang semasa Majlis Perasmian Outreach Jejajah Madani Jom Masuk TVET Zon Sarawak 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Zuleah Darsong.

Sehubungan itu, TVET seharusnya menjadi keutamaan kepada belia dalam menyambung pengajian kerana proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan sekali gus melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan berdaya saing.

Kim Shin berkata, Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 menekankan aspek peningkatan 20 peratus dalam enrolmen pelajar TVET yang akan menjadi modal insan dalam pembangunan ekonomi.

Sementara itu, program itu menghimpunkan 40 pempamer yang terdiri daripada penyedia latihan TVET, industri, agensi awam dan swasta dengan pelbagai aktiviti termasuk program temuduga bagi pencari kerja oleh 20 agensi dan syarikat terkemuka sekitar Miri dan pameran dari penyedia latihan TVET.

Turut diadakan juga seminar TVET dan memperkenalkan Unit Pengambilan TVET (UP-TVET) sebagai satu sistem permohonan ke institusi TVET bagi mengelakkan pertindihan di kalangan pemohon dan penyedia latihan TVET. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan