Search
Close this search box.
Johor berhasrat menjalin kerjasama dengan Sarawak berhubung inisiatif tenaga boleh baharu khususnya menerusi penggunaan teknologi hidrogen. Foto hiasan Envato

Johor mahu jalin kerjasama dengan Sarawak bangunkan tenaga boleh baharu hidrogen

ByBernama

JOHOR BAHRU, 20 Jun: Johor berhasrat menjalin kerjasama dengan Sarawak berhubung inisiatif tenaga boleh baharu (TBB) khususnya menerusi penggunaan teknologi hidrogen.

Pengerusi Pusat Kelestarian Johor (JSC) Datuk Seri Hasni Mohammad berkata delegasi kerajaan negeri yang diketuai Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dijangka melawat Sarawak bagi tujuan itu akhir bulan ini.

Beliau berkata lawatan itu antara lain bertujuan memperkukuh kerjasama dan bertukar kepakaran ke arah pembangunan TBB.

“Kita turut mendapat maklum bahawa Sarawak berhasrat mengeksport TBB ke Singapura, jika ia (TBB) menggunakan teknologi hidrogen maka Johor boleh belajar untuk memahami teknologi tersebut.

“Johor juga boleh melihat sama ada kita mempunyai potensi untuk menggunakan hidrogen sebagai antara kaedah bagi pembekalan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Paragon Globe Berhad (PGB) dan UOB Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilapor berkata Sarawak akan menjadi pengeluar dan pembekal terbesar bahan api hidrogen di rantau Asia Tenggara bermula 2023.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan