Search
Close this search box.
Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking FIFA hari ini. Foto FAM (FB)

Harimau Malaya daki tiga anak tangga, Thailand cecah 100 terbaik dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki tempat ke-135 dunia berdasarkan kemas kini terbaharu ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.

Pasukan kebangsaan di bawah kendalian Kim Pan Gon memperoleh tambahan 13.04 mata untuk mengumpul keseluruhan 1,107.58 mata, sekali gus meningkat daripada posisi ke-138 dunia yang dihuni sejak 4 April lepas.

Peningkatan terkini itu dicapai susulan pencapaian Malaysia dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan masing-masing seri 1-1 dengan Kyrgyzstan dan mengatasi Taiwan 3-1, awal bulan ini.

Sementara itu, Thailand melangkah ke dalam kelompok 100 terbaik dunia selepas beralih satu langkah daripada kedudukan ke-101, diikuti Vietnam yang turun satu anak tangga kepada 118 manakala Indonesia kekal di tempat ke-134 untuk berada dalam kalangan tiga pasukan terbaik Asia Tenggara.

Juara Piala Dunia 2022, Argentina, Perancis dan Belgium mengekalkan kedudukan tiga teratas manakala Brazil memintas England untuk tempat keempat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan