Search
Close this search box.
Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (tengah) bersama Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain (kiri) dan Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (kanan) pada sidang media terakhir operasi musim haji tahun ini. Foto Zen Hashim (TVS)

Haji: Seorang jemaah dari Sarawak meninggal dunia di Tanah Suci

ByLuqman Muhammad

MEKAH, 20 Jun: Enam lagi kematian baharu melibatkan jemaah haji Malaysia musim ini termasuk seorang jemaah dari Sarawak menjadikan 14 orang kesemuanya jemaah haji negara meninggal dunia di Tanah Suci setakat semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mereka yang meninggal dunia dikenal pasti menghidapi masalah jangkitan kuman pada paru-paru, serangan jantung dan pecah pembuluh darah.

“Majoriti jemaah yang meninggal ini mengalami masalah pernafasan paru-paru, selain masalah serangan jantung.

“Enam kematian terbaharu ini melibatkan seorang jemaah dari Sarawak, seorang lagi dari Sabah, seorang jemaah dari Johor, dua dari Perak dan seorang jemaah dari Kelantan,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media terakhir operasi musim haji 1445H di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, pada Rabu.

Menurut Mohd Na’im enam kematian terbaharu itu sempat melakukan rukun haji berwukuf di Arafah sebelum dilapor meninggal dunia ketika operasi Masyair.

Dedahnya jemaah terlibat adalah Bawi Solek, 75, berasal dari Pusa, Sarawak, Raksan@Hassan Matasil, 74, dari Kota Kinabalu, Sabah, Madon Bin Mohamed, 71 dari Masai, Johor, Roba’Ayah Yusoff, 71, dari Beruas, Perak, Syed Abu Hassan Basri Syed Ahmad, 74, dari Sauk, Perak dan Nik Noor Azlinna Bt Noor Basir, 54, dari Kota Bharu, Kelantan.

“Saya dan Pengurusan Kanan TH ingin mengucapkan salam takziah kepada waris mangsa dan sama-samalah kita berdoa agar semua urusan waris dipermudahkan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan