Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) Datuk Abang Wahab Abang Julai (tengah) bercakap pada sidang media sempena Festival Maal Hijrah 1446 anjuran LAKMNS di Bangunan Baitul Makmur II, hari ini. Foto Bernama

Festival Maal Hijrah di Kuching bakal libatkan masyarakat berbilang kaum, agama

KUCHING, 20 Jun: Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) akan menganjurkan Festival Maal Hijrah 1446H/2024 di Masjid Jamek di sini pada 12 hingga 14 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata penganjuran festival itu juga akan melibatkan penyertaan masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Selain menjadi medium perkongsian ilmu, imrah masjid sebagai pusat sehenti, membudayakan kelestarian dan gaya hidup sihat, festival ini juga merupakan platform perpaduan.

“Justeru, melihat kepada keperluan semasa LAKMNS mengambil pendekatan yang inovatif serta dinamik dalam mendekati masyarakat terutamanya golongan belia untuk mendekati institusi masjid,” katanya pada sidang media Festival Maal Hijrah 1446H/2024M di sini hari ini.

Abdul Wahap berkata penganjuran festival itu juga antara inisiatif LAKMNS dalam menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Hijrah.

“Turut berlangsung adalah Jualan Rahmah pada 13 dan 14 Julai dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Aktiviti lain termasuk Malam Cinta Rasul, Kembara Berbasikal, ‘Hijrah Run’, Pameran Kerjaya dan Pendidikan, pertandingan badminton, tenpin boling, e-Sport dan cabutan bertuah,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan