Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpeluang berkongsi tentang agenda tenaga hijau Sarawak dengan Perdana Menteri China, Li Qiang. Foto Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari kongsi tentang agenda tenaga hijau Sarawak dengan PM China

ByAhmad Burhanuddin

LUBOK ANTU, 20 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berpeluang berkongsi tentang agenda tenaga hijau yang diteroka Sarawak dengan Perdana Menteri China, Li Qiang.

Penerokaan Sarawak dalam tenaga hijau dikongsikan beliau bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis makan malam bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Antara Malaysia dan China di Kuala Lumpur, malam Rabu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Li Qiang pada majlis makan malam bagi meraikan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Antara Malaysia dan China. Turut kelihatan, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya nampak bahawa Perdana Menteri China juga maklum tentang banyak pelaburan dan perusahaan dari republik itu (ada) di Sarawak,” katanya pada sidang media selepas melawat projek pembinaan solar terapung di Batang Ai, dekat sini, hari ini.

Lawatan itu disertai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Abang Johari berkata, penerokaan dalam sektor tenaga hijau seperti hidrogen dan solar berupaya menarik pelabur asing untuk menanam modal di negeri ini susulan pendedahan Sarawak di peringkat global.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat tapak projek solar terapung yang dijangka siap pada Oktober 2024.

“Saya telah kongsi dengan Sarawak Energy untuk kita membuat perancangan supaya Batang Ai ini kita tingkatkan pelaburan daripada syarikat asing kerana kita sudah pinda undang-undang Sarawak yang membolehkan pihak swasta melabur dalam penjanaan kuasa,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan