Search
Close this search box.
Sembilan PATI yang diusir setelah didapati memasuki negara ini menerusi jalan tikus di Biawak, Lundu, hari ini. Foto Tentera Darat Malaysia

Tentera usir sembilan PATI cuba masuk bekerja di Sarawak

BySaibi Gi

KUCHING, 19 Jun: Sembilan warga asing yang cuba menceroboh masuk dipercayai hendak bekerja di negeri ini diusir anggota tentera yang berjaya mengesan pergerakan mereka di ‘jalan tikus’.

Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen menerusi kenyataan memaklumkan pergerakan mereka dikesan sepasukan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang meronda di Sektor Pos GABMA Biawak, kira-kira 120 meter dari sempadan Indonesia pada 2.10 petang, hari ini.

“Pemeriksaan terhadap mereka dalam lingkungan umur 20 hingga 49 tahun itu mendapati tiada barang terlarang serta berbahaya dijumpai.

“Anggaran nilai keseluruhan barangan yang diperiksa adalah berjumlah RM8,680.00 iaitu melibatkan wang tunai, telefon bimbit, beg dompet dan beg pakaian,” kata kenyataan itu.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa.

Sehubungan itu, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis, merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota di bawah naungannya.

Menurutnya, sejak Januari 2024 hingga ke hari ini, 12 kali pengusiran melibatkan seramai 71 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah direkodkan.

“TDM akan terus komited memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan PATI, kegiatan penyeludupan mahupun jenayah rentas sempadan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan