Search
Close this search box.
Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (tengah) bersama para penaja pada Majlis Hari Penghargaan Penaja RWMF 2024 di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Sharzede Datu Salleh Askor dan Ketua Pegawai Media TVS Sardon Zainal. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sultan Selangor dan Sultan Perak dijangka berkenan berangkat ke RWMF 2024

ByKimberly Dickson

KUCHING, 19 Jun: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijangka berkenan berangkat ke Rainforest World Music Festival (RWMF) 2024 yang dijadual berlangsung dari 28 hingga 30 Jun di Kampung Budaya Sarawak di sini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew memaklumkan perkembangan ini pada majlis Hari Penghargaan Penaja RWMF 2024 di sini hari ini.

“Saya difahamkan Sultan Selangor akan berada di sini (menyaksikan persembahan RWMF). Setahu kami ia telah pun disahkan. Saya juga diberitahu bahawa Sultan Perak mungkin akan ke RWMF.

“Selain itu, kita juga akan mempunyai duta asing yang datang ke festival kali ini,” katanya pada sidang media di majlis itu.

Mengenai penaja, Sebastian berkata ia terdiri daripada Malaysia Aviation Group (MAG) yang juga merupakan rakan kerjasama penerbangan rasmi bagi tier Diamond, TVS, Carlsberg dan Media Exchange & Gelumbang Jaya Sdn Bhd (tier Platinum) dan Mitsubishi Malaysia, The Waterfront Hotel & Plaza Merdeka, Etika Sdn Bhd (Pepsi) dan Cuckoo (tier Gold).

Selain itu, MYUS Autotech Sdn Bhd, Sacofa, Sarawak Energy Berhad, Hertz (Sime Darby Car Rental) dan Affin Bank (tier Silver) manakala tiga lagi penaja lain iaitu Australian High Commision Malaysia (rakan kongsi), MyCar (rakan e-hailing) dan Trienekens (penyokong).

Terdahulu, Sebastian menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Sharzede Datu Salleh Askor dan Malaysia Aviation Group (MAG) yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Luqman Mohd Azmi.

MoU itu bertujuan memperkasakan usaha mempromosi pelancongan, menyumbang ke arah matlamat Malaysia mencapai lebih 35.6 juta ketibaan pelancong menjelang 2026 dan menggiatkan semula pasaran pelancongan antarabangsa.

Dalam pada itu, Sharzede menzahirkan rasa bangga terhadap sambutan terhadap RWMF yang memberangsangkan daripada pengunjung dalam dan luar negara.

“Jumlah pengunjung tempatan agak menggalakkan dan untuk peringkat antarabangsa pula, saya amat bangga kerana sambutan pengunjung dari negara ASEAN seperti Laos, Kemboja, Indonesia dan banyak lagi sangat baik,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan