Search
Close this search box.
Nazry Abdul Latip (tengah) berkata substesen di Sebuyau itu akan mengasingkan punca bekalan dari substesen Asajaya. Foto TVS

Pencawang di Sebuyau tingkat keupayaan bekalan elektrik

ASAJAYA, 19 Jun: Cadangan pembinaan substesen pencawang elektrik di Sebuyau merupakan satu pelan jangka panjang yang dijangka meningkatkan keupayaan bekalan tenaga elektrik di kawasan berkenaan.

Pengurus Besar Elektrifikasi Luar Bandar, Sarawak Energy Bhd Nazry Abdul Latip berkata, cadangan pembinaan substesen baharu itu akan mengasingkan punca bekalan dari substesen Asajaya.

Menurutnya, Sarawak Energy telah mengemukakan permohonan bajet bagi membina substesen dan jika diluluskan, ia akan menelan kos RM120 juta.

“Pelan ini turut melibatkan pemasangan kabel terlindung menggunakan sistem pengalir tertutup voltan sederhana (MVCC) di Sadong Jaya, Sebuyau dan kawasan Simunjan yang boleh menahan sentuhan pokok tanpa menyebabkan sebarang gangguan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada lawatan ke Stesen Pencawang Elektrik Asajaya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Nazry berkata dron digunakan Sarawak Energy bagi memantau gangguan bekalan elektrik tanpa notis yang sering berlaku di kawasan Asajaya, Sebuyau dan Simunjan.

Menurutnya, kaedah pemantauan udara itu terbukti berkesan bagi mengenal pasti punca gangguan bekalan.

“Kami telah mengarahkan pasukan teknikal kami untuk menjalankan rondaan dron dan rondaan kami mengesan tempat-tempat peralatan kami yang perlu diselenggara,” katanya.

Pemantauan dron juga dapat mengesan gangguan dari dahan pokok dan haiwan yang boleh menyebabkan bekalan elektrik terputus atau terjejas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan