Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh bersama masyarakat Islam selepas bersolat jemaah dan melakukan uji suai projek naik taraf masjid Al-Muttaqin Sarikei. Foto TVS

Naik taraf Masjid Al-Muttaqin selesai sepenuhnya

SARIKEI, 19 Jun: Projek naik taraf Masjid Al-Muttaqin akhirnya siap sepenuhnya sekali gus mengakhiri penantian masyarakat Islam Sarikei selama lima tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, masjid yang kini sudah berwajah baharu itu bakal dirasmikan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat ini.

Beliau berkata, projek yang bermula pada tahun 2020 itu terbahagi kepada dua fasa bermula dengan naik taraf dewan masjid.

“Secara keseluruhannya, projek ini bernilai RM9.5 juta. Saya gembira projek ini akhirnya selesai walaupun berdepan pelbagai cabaran sehingga menyebabkan kelewatan pelaksanaannya.

“Fasa pertama iaitu naik taraf dewan sebelum disusuli fasa kedua pada tahun 2022, Alhamdulillah akhirnya pada hari ini, impian kita terlaksana,” katanya selepas melakukan uji suai ke atas status pelaksanaan projek naik taraf masjid itu, pada Rabu.

Pada masa yang sama, Len Talif yang juga Pengerusi Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sarikei (LAKISRI) turut berkesempatan bersolat jemaah bersama kariah masjid berkenaan.

Al Muttaqin dibina pada tahun 1983 mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah namun selepas dinaik taraf, masjid itu kini bukan sahaja berwajah moden tetapi juga berupaya menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa kehadiran masyarakat islam Sarikei beramai-ramai bagi memeriahkan lagi majlis perasmian masjid tersebut pada Jumaat ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan