Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat diketuai Cecil Adnan (empat kiri) di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS)

Mowe Nation undang Tun Wan Junaidi ke Konvensyen Festival Mowe Julai ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Jun: Mowe Nation yang merupakan sebuah persatuan yang mengumpulkan tujuh keturunan Mao di Sarawak menjemput Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ke Konvensyen Festival Mowe yang akan diadakan pada Julai depan.

Pengerusi penganjurnya Cecil Adnan berkata penganjuran ketujuh tahun ini akan menghimpunkan beribu-ribu ahli keluarganya di Kuching yang menetap di luar negara seperti Norway, Australia dan Singapura serta luar Sarawak.

Beliau turut berkata konvensyen itu akan dianjurkan pada 5 hingga 7 Julai di Hotel Merdeka Palace.

“Antara intipati semasa konvensyen itu kelak merangkumi bengkel bagi mempelajari asal-usul keturunan Mao yang mula bertapak di Sibu, Sarawak sejak 1800-an dari China dan rata-rata antara mereka bekerja dengan bekas Raja Putih Sarawak James Brooke dan Charles Brooke.

“Bengkel itu amat penting bagi mengemaskini salasilah keluarga Mao dengan memasukkan ahli keluarga baharu dan ahli keluarga yang telah meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi di Astana Negeri Sarawak di sini hari ini.

Tambah Cecil lagi, konvensyen tersebut amat penting bagi mengeratkan silaturahim antara semua ahli keluarga berketurunan Mao yang wujud di seluruh dunia.

“Alhamdulillah, kami dijemput oleh Tun Dr Wan Junaidi untuk menghadiri majlis makan malam di Astana Negeri. Beliau merupakan ahli kehormat keluarga Mao,” tambahnya.

Keturunan Mao di Sarawak wujud apabila tiga adik-beradik Mao iaitu Mao Sha Liong, Mao Eng Kui dan Mao Leong Kui dari Tanah Besar China berhijrah ke Sibu.

Menariknya, Eng Kui merupakan moyang lelaki kepada bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan