Search
Close this search box.
Mayat mangsa tragedi bot karam di Long Menjawah, Belaga ditemukan orang awam pada 8.33 pagi ini. Foto JBPM

Mayat mangsa kedua tragedi bot karam di Belaga ditemui

ByElani Rosllan

BELAGA, 19 Jun: Mayat seorang lagi mangsa tragedi bot karam di Long Menjawah, Belaga ditemukan oleh orang awam pada jam 8.22 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata mayat Rhuban Apparoo, 30, dijumpai kira-kira 18 meter dari lokasi bot karam pada Ahad.

“Operasi SAR hari ketiga disertai pasukan bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan.

Mayat mangsa bot karam ditemui, seorang masih hilang

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menyerahkan jasad mendiang kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Semalam, mayat Balavishnu Permaloo, 36, dijumpai kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa bot karam tersebut berasal dari Sungai Karangan, Padang Serai, Kedah.

Pada Ahad, bot dinaiki empat rakan sekerja serta jurumudi karam akibat arus deras di Long Menjawah, Belaga.

Akibatnya, dua daripada mereka hilang dibawa arus deras manakala tiga lagi termasuk jurumudi selamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan