Search
Close this search box.
Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis. Foto Bowling Malaysia (FB).

Li Jane raih kejuaraan Kejohanan Terbuka Wanita AS

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 Jun: Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah muncul atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) di Royal Pin Woodland, Indianapolis pada Selasa.

Pemain berusia 32 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang merangkul kejuaraan tersebut selepas menewaskan pemain dari Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir stepladder.

Keputusan dicatat itu sekali gus menyaksikan Li Jane merupakan wakil Asia kedua yang memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada tahun 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini ialah menerusi Datuk Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada edisi 2008.

Selaku juara, Li Jane membawa pulang hadiah wang AS$60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima AS$30,000 (kira-kira RM141, 500).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan