Search
Close this search box.
Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu. Foto hiasan Envato

Jerman: Tiga lelaki rebah secara tiba-tiba akibat rokok tercemar

ByBernama

BERLIN, 19 Jun: Dua lelaki rebah secara tiba-tiba selepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui pada Selasa, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual sama dengan seorang lagi mangsa yang jatuh sakit hujung minggu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 52 tahun di bandar Duisburg tidak sedarkan diri selepas menghisap rokok tercemar itu pada malam Sabtu.

Menurut polis, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dua insiden serupa dilaporkan pada Selasa melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang lagi berusia 45 tahun.

Susulan kejadian itu, seorang suspek telah ditahan kerana disyaki melanggar Akta Bahan Psikoaktif Baharu.

Bagaimanapun, pemeriksaan di rumah suspek tidak menemui sebarang bukti tambahan.

Penyiasat percaya bahawa penggunaan rokok yang mengandungi bahan tidak dikenali itu menyebabkan komplikasi kardiovaskular teruk yang boleh membawa maut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan