Search
Close this search box.
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh. Foto fail AFP

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha

ByBernama

GAZA (Palestin), 19 Jun: Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera, menurut sumber tempatan.

Pasukan penyelamat Palestin memaklumkan serangan bom di Rafah mengorbankan satu nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Agensi Anadolu.

Menurut saksi, tentera Israel mengebom berpuluh-puluh kediaman, manakala unit artileri terus membedil kawasan kejiranan sejak awal Selasa.

Sementara itu, Hospital Martir Al-Aqsa di Deir al-Balah melaporkan 13 mangsa maut dan ramai lagi cedera terutama wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber Hospital Al-Ahli Baptist, serangan dron Israel di Jalan Sahaba di Gaza pula membunuh dua rakyat Palestin manakala seorang lagi cedera.

Hospital Gaza Eropah pula melaporkan dua rakyat Palestin maut akibat pengeboman di bandar Khuza’a di timur Khan Younis.

Menurut saksi, rejim Israel terus menyerang kebanyakan kawasan di Rafah, terutamanya di kejiranan Tel al-Sultan di bahagian barat bandar itu sejak pagi Selasa.

Sejak 7 Oktober 2023, serangan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kematian 37,372 orang dan mencederakan 85,452 yang lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan