Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menerima cenderahati istimewa disampaikan Datu Ismawi Ismuni di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS)

Inisiatif RECODA perkasa sosioekonomi mendapat sokongan Tun Wan Junaidi

ByMuqri Aziz

KUCHING, 19 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyokong inisiatif memperkasakan sosioekonomi masyarakat yang digerakkan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).

Sokongan itu dikongsikan RECODA menerusi kenyataan media sempena kunjungan hormat terhadap Tun Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak hari ini yang memaklumkan bahawa insiatif itu membolehkan masyarakat berdikari dan aktif dalam aktiviti ekonomi kecil-kecilan.

“Pemerkasaan masyarakat setempat penting ke arah merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan Agenda Ekonomi Hijau Sarawak seperti yang ditetapkan kerajaan Sarawak,” demikian menurut kenyataan itu.

RECODA berperanan mengurus dan menyelia pelan pembangunan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) sebagai agensi pelaksana untuk projek infrastruktur dan sosioekonomi.

SCORE turut diamanahkan menarik pelabur dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan sokongan penuh kerajaan Sarawak serta jabatan persekutuan dan negeri.

Semasa kunjungan hormat yang dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif RECODA Datu Ismawi Ismuni, Yang di-Pertua Negeri Sarawak diberikan penerangan mengenai projek infrastruktur.

Ia merangkumi Lebuhraya Pantai Utara yang bakal menghubungkan Miri, Limbang dan Lawas ke Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) dan projek jalan raya ‘Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau) dan Long Panai-Long Lama.

Ismawi berkata delegasi RECODA turut berkongsi mengenai perkembangan dan projek terkini yang sedang dirancang di bawah agensi wilayah RECODA iaitu Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi turut dipersembahkan produk tempatan dari SCORE seperti garam, beras, madu kelulut dan kopi yang dibungkus dalam bakul anyaman dihiasi manik dari Baram.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan