Search
Close this search box.
Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa. Foto hiasan Envato

Gelombang haba landa Iraq, suhu melebihi 50 darjah Celsius

ByBernama

BAGHDAD, 19 Jun: Gelombang haba melanda Iraq dengan beberapa wilayah mencatatkan suhu 50 darjah Celsius pada hari Selasa, menurut kenyataan daripada Pertubuhan Meteorologi dan Seismologi Iraq, lapor Xinhua.

Suhu tertinggi – 51 darjah Celsius – direkodkan di Wilayah Dhi Qar, manakala Wilayah Maysan, Basra dan Muthanna mencatatkan suhu 50 darjah Celsius, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pertubuhan itu memberi amaran di laman Facebook rasminya agar orang ramai mengelak daripada terdedah secara langsung kepada cahaya matahari dan mengesyorkan mereka untuk duduk di rumah semasa waktu puncak haba.

Iraq kerap mengalami musim panas terik dengan suhu melebihi 50 darjah Celsius, yang mendorong kerajaan kadangkala memberikan cuti kepada petugas institusi-institusinya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan