Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datuk Mohd Zaki Hassan (kiri). Foto JAPEN

Abang Johari sentiasa sokong usaha SPRM banteras rasuah

ByRegina Lee

KUCHING, 19 Jun: Usaha-usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencegah kegiatan rasuah sentiasa mendapat sokongan penuh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan berkata antara usaha penglibatan SPRM dengan kerajaan Sarawak adalah penubuhan Unit Integriti dan Ombudsman, Jabatan Premier Sarawak.

“SPRM juga berbangga kerana dapat mengambil bahagian dalam usaha Sarawak dalam menubuhkan sistem ombudsman, kami merupakan satu satu jawatankuasa yang memberi pandangan dari aspek penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melakukan kunjungan hormat terhadap Premier sempena perpindahannya di Wisma Bapa, di sini, hari ini.

Beliau akan memulakan tugas baharu sebagai Pengarah Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Dalam masa sama, Mohd Zaki berkata SPRM Sarawak turut melakukan penambahbaikan tatakelola di peringkat jabatan sekali gus melaksanakan aktiviti kesedaran untuk masyarakat mengenai biro rasuah.

“Selain daripada tugasan operasi, kita juga menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan untuk menyedarkan masyarakat secara khasnya tentang biro rasuah.

“Kita juga fokus dalam tatakelola di peringkat jabatan di Sarawak untuk memperbaiki mana-mana prosedur yang dilihat boleh membuat kebocoran kepada dana-dana yang ada di Sarawak,” katanya lagi.

“Saya masih ingat pesanan mula-mula masa saya datang berjumpa dengan Premier, ayat yang digunakan adalah ‘we come here not to arrest, we come here to create integrity culture’,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan