Search
Close this search box.
Yusuf Abd Wahab bersama masyarakat Islam pada Program Korban Perdana Peringkat Bahagian sempena sambutan Aidiladha di Sarikei, hari ini. Foto TVS

Yusuf gesa perhatian lebih serius terhadap projek naik taraf sistem bekalan air di Pulau Bruit

SARIKEI, 18 Jun : Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab menggesa pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan perhatian lebih serius terhadap projek naik taraf sistem bekalan air di Pulau Bruit bagi memastikannya berjalan sempurna dan siap mengikut jadual.

Menurutnya, projek berimpak tinggi itu sememangnya amat ditunggu-tunggu kerana bakal mengakhiri penantian penduduk yang ketika ini belum menikmati kemudahan berkenaan dengan sepenuhnya.

Malah ujarnya, penduduk berharap ia disiapkan segera bagi menampung keperluan mereka khususnya pada musim panas.

“Semoga pelaksanaannya selesai mengikut jadual dan sekiranya siap dalam masa terdekat, ia akan memudahkan lagi bekalan air di kawasan Pulau Bruit.

“Kita juga mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri yang dijangka datang pada 25 Jun ini untuk memberi perkhabaran gembira tentang projek tersebut. Mungkin beliau akan mengumumkan sesuatu lebih terperinci dan lebih tepat lagi,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Korban Perdana Peringkat Bahagian Sarikei, hari ini.

Menurut Yusuf, projek sistem bekalan air Pulau Bruit melibatkan pembinaan tangki air aras tinggi di Semop, Saai, Penibong dan Penipah manakala stesen pam penggalak Serdeng dan Saai serta pemasangan paip baharu, sedang dalam pelaksanaan.

Dalam perkembangan berkaitan ujarnya, projek bekalan air Tanjung Manis yang bernilai RM974.1 juta kini dinikmati 2,431 isi rumah di kawasan tersebut.

Kemudahan itu katanya, juga membekalkan air ke kampung dan rumah panjang sepanjang jalan dari Tanjung Manis ke Sibu sekali gus melegakan penduduk sebelum ini, yang kerap berdepan masalah tekanan air rendah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan