Search
Close this search box.
Keadaan kereta dipandu mangsa yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Saratok-Roban, hari ini. Foto JPBM

Warga emas maut kemalangan di Jalan Saratok-Roban

ByDayu Adruce

KUCHING, 18 Jun: Seorang warga emas maut apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap di Jalan Saratok-Roban, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Mathew Solis George Tangkun, 72, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Sejurus menerima maklumat pada 7.22 pagi, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergegas ke lokasi.

Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang mangsa yang terkorban terbaring di luar kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya lagi, kerja-kerja pembersihan serpihan kenderaan terbabit dalam kemalangan dilakukan menggunakan semburan air salur bantu mula air daripada tangki jentera.

“Setelah mendapati keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba bertolak balik ke balai pada 8:21 pagi,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan