Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyerahkan daging korban pada Majlis Korban Aidiladha di Kampung Asajaya Ulu, Asajaya, hari ini. Foto TVS

Sukan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi

ASAJAYA, 18 Jun: Kerajaan Sarawak melihat bidang sukan berupaya memacu pertumbuhan ekonomi, justeru ia lebih komited dalam memajukan bidang berkenaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sehubungan itu kerajaan Sarawak sentiasa menyokong persatuan atau kelab sukan yang ingin mengembangkan potensi atlet-atlet dan kemudahan sukan.

“Sarawak melihat pembangunan sukan yang berbeza daripada negeri lain dengan usaha membangunkannya dilakukan sama seperti membangunkan sektor-sektor lain yang berupaya menyumbang kepada pemerkasaan ekonomi negeri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Korban Aidiladha di Kampung Asajaya Ulu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas  kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengenai usaha Sabah dan Sarawak yang banyak melabur dalam kemajuan sukan khususnya sukan terjun dan renang.

Sehubungan itu, Hannah Yeoh menggesa negeri-negeri lain mencontohi usaha kerajaan Sabah dan Sarawak melabur dalam pembangunan sukan.

Dalam perkembangan yang sama, Abdul Karim menegaskan bahawa pembangunan bidang sukan tidak terletak pada bahu satu pihak sahaja.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menggalas tanggungjawab yang sama dan menyokong peranan digalas persatuan dan kelab sukan.

“Kalau semuanya dilepaskan kepada Kementerian Belia Sukan sahaja untuk memastikan kita dapat atlet yang bagus, ia agak mustahil kerana usaha itu perlu bermula dari bawah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan