Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Setiap negeri perlu labur untuk Malaysia gapai emas Olimpik

ByBernama

ASAJAYA, 18 Jun:  Impian Malaysia untuk meraih pingat emas di peringkat Olimpik tidak akan tercapai jika semua kerajaan negeri tidak bersama-sama melabur dalam pembangunan bakat baharu sukan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tanggungjawab untuk pembangunan bakat sukan tidak sepatutnya diserahkan bulat-bulat kepada Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan.

“Kalau semuanya dilepaskan (tanggungjawab) kepada Kementerian Belia dan Sukan sahaja untuk memastikan kita dapat atlet yang bagus, mustahillah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pengagihan Daging Korban di Dewan Kampung Asajaya Ulu di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Asajaya berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada Sabtu yang menggesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.

Menurut Hannah setakat ini hanya Sabah dan Sarawak yang dilihat banyak melabur dalam pembangunan sukan terbabit.

Abdul Karim yang bersetuju dengan gesaan Hannah berkata pencapaian tinggi dalam sukan merupakan satu cara untuk meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

“Ia (pembangunan bakat sukan) juga perlu dilakukan oleh kerajaan negeri, baik di Semenanjung atau di Sabah dan Sarawak, kerana ini (pencapaian di peringkat antarabangsa) melibatkan maruah negara,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya juga sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan bagi sukan tinju di bahagian Sri Aman untuk melahirkan petinju yang mewakili negeri dan negara.

“Saya mengakui sukan tinju disukai masyarakat di Sri Aman, sebab itulah untuk SUKMA 2024 (Sukan Malaysia) saya letakkan acara sukan tinju di Sri Aman kerana saya tahu memang ramai peminat sukan tinju di sana,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan