Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendengar penerangan pada majlis menandatangani kontrak bagi projek mendalamkan laluan masuk dan pembinaan ban di Kuching, hari ini. Foto UKAS

Satu lagi pelabuhan laut dalam dirancang di Miri

KUCHING, 18 Jun: Pelabuhan Miri akan menjadi sebuah lagi pelabuhan laut dalam di negeri ini yang mampu mengendalikan semua jenis kargo dan kapal persiaran, menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata pembangunan pelabuhan di Kuala Baram itu akan mewujudkan pelbagai rangsangan kepada aktiviti ekonomi lain seperti pembinaan kapal, pembaikan dan pangkalan bekalan.

“Pelabuhan Miri mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri selain menawarkan pelbagai faedah ekonomi kepada sektor logistik dan pengedaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani kontrak antara Lembaga Pelabuhan Miri dan Rimbun Prima Sdn Bhd bagi projek mendalamkan laluan masuk dan pembinaan ban di pelabuhan berkenaan hari ini.

Uggah berkata pembinaan ban bagi mendalamkan air hingga lebih 25 meter itu dijangka siap pada Mac 2027 sekali gus membolehkan Kuala Baram menjadi lokasi strategik dan sesuai untuk pembangunan pelabuhan laut dalam.

Beliau berkata Rimbun Prima telah membawa syarikat China Communications Construction Company (M) Sdn Bhd yang berpengalaman membangunkan projek serupa di Shanghai, China, ke dalam usaha sama bagi pembinaan ban itu.

“Kerajaan Sarawak dan rakyat berharap agar anda (kontraktor) dapat melaksanakan dan menyiapkan projek itu mengikut jadual ditetapkan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan