Search
Close this search box.
Polis mengesahkan kerugian kira-kira RM3.2 juta dalam kejadian samun sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang petang semalam. Foto Media sosial

Samun kedai emas: Nilai kerugian cecah RM3.2 juta, tujuh saksi dirakam keterangan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Jun: Polis mengesahkan kerugian kira-kira RM3.2 juta dalam kejadian samun sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Mohamad Nasir Drahman berkata setakat ini, seramai tujuh individu termasuk pekerja premis terbabit diambil keterangan bagi membantu siasatan.

@tvsarawak

Tular video menunjukkan tiga lelaki menghayun tukul memecahkan rak pameran barang kemas di sebuah kedai. 📹 Media sosial 📱 Strim live di tvsarawak.my atau di aplikasi MYTV Mana-Mana, Unifi TV dan Astro GO sekarang! #TVS122 #TVSNews #TVSarawak #TrendingNewsMalaysia #BeritadiTikTok

♬ original sound – tvsarawak – tvsarawak

“Kita akan panggil beberapa saksi lain untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan empat lelaki memakai topeng dan berpakaian seperti pengawal keselamatan serta bersarung tangan masuk ke premis itu yang terletak di tingkat satu pada 3.17 petang.

Suspek bertindak memecahkan cermin kaca tempat simpanan barang kemas menggunakan tukul besi sebelum mengambil barang kemas selain turut dipercayai membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang.

Beliau berkata semasa kejadian suspek melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan terbabit.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan